Assalammualaikum..
Awak, saya akui awk bukan insan pertama dalam hati ini. Pernah dulu seseorang mencuri hati ini tapi ia pergi jauh dari penglihatan, jauh dari dari perasaan. Andai manusia bercinta atas dasar perasaan, tapi kita kenal atas suatu perasaan yang belum pasti ikatannya. Namun saya akui setiap perkenalan tidak semestinya menjalinkan satu nama pertalian. Andai hati awk resah, ingatlah hati saya lebih resah memikirkan sayang yang tiada maknanya..kerana saya tak pasti adakah cinta di ht awk lagi untuk saya...
Awak ..
Andainya hari ini saya hadir sebagai sahabat, izinkan saya menyayangi awk sebagai sahabat..andai kata esok saya sebagai teman hidup, izinkan saya menyatakan yg saya akan menyayangi awk sebagai teman hidup..dan andai kata saya bakal menjadi musuh awk.ingatlah awk adalah musuh yang amat saya sayangi!..
Bila mengenangkan nasib hati, mereka akan tertawa melihat saya menanti benda yang tak pasti...ingin saya hampiri, mereka berkata, ''tak perlu kau menanti, mengejar mimpi yang tak pasti, Hari ini ia pergi, mungkin esok ia akan datang disisi".
Bila fikir sejenak, benar apa yang diungkapkan tapi sebaliknya hati adalah mainan perasaan,. Andai kata hati ini berperasaan, saya hanyalah manusia normal yang mengharap belaian seorang insan yang tulus suci lahir dari hati bukannya paksaan. Pernah terdetik untuk meluahkan, namun sejuta tangan menahan saya..apa yang penting, tak perlu saya menoleh untuk benda yang belum pasti jawapannya....
Awak,
Dikesempatan ini, ingin saya menyatakan sayang lahir dari tiga perasaan..andai kata salah satu perasaan ini ialah rindu, bermakna awklah insan yang benar-benar bermain di hati saya..andai kata satu perasaan ini ialah dendam, ingatlah awk insan yang saya dendam dalam sayang....andai kata satu lagi itu, perasaan jujur, ingatlah bahawa saya sayang awk dengan ikhlas, suci dan jujur!
Allah bagi kita 24 jam dalam sehari...tak salah saya nak 5 minit dari masa awak untuk menilai kasih sayang hubungan ini setakat mana.. Andai hari ini kita tetap bersama, doakan kita akan tetap bersama selamanya..andainya saya tak mampu sayang awk dari dekat, izinkan saya menyayangi awk dari jauh kerana andainya kita sayang seseorang itu, jangan kita menghalang perjalanannya seperti mana dia tidak pernah menghalang perjalanan kita...
* actually ini adalah coretan dlm majalah URTV thun berapa tah x ingat..sy kerat & smpi la nie sy masih simpan..SEBAB??..kebetulan lak nama penghantar coretan ini sama dgn nama sy....:D....sebab lain adalah..apa yg penulis nie cuba luahkan SAMA dgn apa yg sdg sy lalui skrg..hurmmmm....